Diary Hati Qaseh



25 Mac 2013
Cuti persekolahan kali ini walaupun hanya seminggu tetapi terasa amat panjang dan begitu membosankan. Berdepan dengan sikap ummi yang enggan bertoleransi membuatku lebih rela bersendiri dan mengurung diri. Dan rasa kebosanan semakin bercambah bila kekasih hatiku sibuk melepas rindunya menjengah lautan.

Hari2 yg ku lalui menjadi perit dan sepi. Namun ianya memberi ruang untuk ku berfikir dan muhasabah diri serta menyimpul suatu keputusan di luar batas keupayaan. Yang bakal mencalar sebuah impian, memusnah sekalung harapan.

Kekasih hatiku,...
Kau adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah menjadi waris utk meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w.. Suatu tugas yg amat berat namun ganjarannya amat hebat. Namun, suatu perkara yg perlu kita ingat, menyelusuri jalan2 yg dilalui oleh Rasulullah adalah suatu yg amat perit. Rentetan perjalanan baginda penuh dengan pengorbanan dan air mata yg menggoyah akal dan keimanan.

Berulangkali memaksa akal, namun jawapan tetap sama. Aku bukan manusia sempurna. Sejak lahir, hidupku dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Kebiasaan ini sudah pastinya menjadi benteng utk ku berjalan seiringan denganmu.

Demi rasa sayang dan cintaku terhadapmu, ku benamkan  petunjuk yg diberi dalam istikharah cintaku selama ini. Lantaran rasa cinta juga, ku mengharap pd kekuatan doa agar rasa cinta yg kita genggam mampu menyatukan kasih kita. Kasih yg terlalu indah. Yg membuat kita terlena bagai dibuai mimpi. Kita bagaikan hanyut dan tenggelam dibawa arus ombak rindu yg mempersona hinggakan kita enggan lg berpijak di bumi nyata.

Harapan hanya tinggal harapan tatkala suratan takdir mengoyak impian. Walau sekuat manapun kau eratkan genggaman, namun kita terpaksa belajar utk melepaskan. Kerana yg terpaksa adalah lebih sakit wlaupun yang rela juga terasa perit.

Aku bagaikan purnama yg merindu
Kau bagaikan pungguk yg berlagu sendu
Walau jasad tidak mungkin bersatu
Hanya dlm impian kita bertemu
Namun...
hatiku.. jiwaku.... adalah milikmu....



3 April 2013

Sekian lama ku cuba merawat luka ini. Ku kira dengan kehadiran sang bayu, luka ku kian sembuh. Namun rupa-rupanya hatiku masih terlalu rapuh. Aku masih tidak mampu berhadapan dengan sang pelangi yg masih terus berdiri dengan keangkuhannya. Betapa pedih hati ini tatkala luka ku digores kembali dengan sindiran tajam dari bibirnya. Bagaikan tidak tertanggung ku menahan sebak di dada dengan kata2 yg dilemparkan terhadapku. Betapa hina aku dipandangan matanya. Ya Allah... berilah aku kekuatan menghadapi saat2 pedih yg berulang. Aku hambaMu yg lemah. Tiada upaya ku menahan ujian ini tanpa kekuatan yg Kau titipkan buatku. Sakitnya Ya Allah, hanya Engkau yg Tahu.

Sang bayu, tatkala hati ini dirundung pilu.. engkau enggan memahami hatiku. Kau pertikaikan kesetiaan cintaku. Bagaikan luka yg disiram cuka, aku hanya mampu menangis tersedu. Terasa bagaikan terlalu rapuhnya cinta kita. Simpati yg ku harapkan darimu, ternyata kemarahanmu yg terpaksa ku terima. Tabahlah duhai hati tatkala ujian datang bertimpa.




No comments:

Post a Comment